Jadilah yang terawal ||| Be the earliest

Friday, May 27, 2011

Mengempiskan Perut Senang Dan Tanpa Modal... (serius)

 Perut boroi? 
     
Biasanya orang terutama para wanita sanggup mengeluarkan wang beratus ringgit untuk mengempiskan perut . Tetapi dengan teknik ini dapat mengempiskan perut dengan tanpa modal. Dinasihatkan berjumpa dengan doktor sebelum mengamalkannya. Ini adalah dari rancangan TV Jepun    
http://www.ntv.co.jp/ito-ke/

Sediakan satu Straw 
Potong 5 cm...

cara mengempiskan perut
Ratakan sakah satu hujung straw...

cara mengempiskan perut
Tutup separuh lubang straw dengan pita pelakat...


cara mengempiskan perut
Tarik nafas dalam-dalam,dan tiup dengan kuat selama 5 saat 

cara mengempiskan perut
Lakukan selama 3 minit sehari...
                                  
cara mengempiskan perut
Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.
                                          
cara mengempiskan perut
                                        

Menurut pakar, saat kita bernafas, otot perut lebih digunakan ketika mengeluarkan nafas daripada menarik nafas.
Tak percaya!? Cubalah!
Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, kesan penggunaan otot perut menjadi berlipat kali ganda...
So,boleh lah korang cuba~ :)

Orbit Dalam Al-Quran...









Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)." (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

"Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui." (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan" (Surah az-Dzariyat;7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain.

Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.WALLAHUA'LAM~




copyrigt from http://alkurawi.blogspot.com/2009/06/orbit-dalam-al-quran.html

Kisah 18 jam Sebelum Ustaz Asri Pergi Tak Kembali...


Sedih sangat bila baca email yang baru kami terima ni. Tapi mungkin agak terlewat untuk dipaparkan apapun kami cuba paparkan juga untuk pembacaan warga Oh! Artis yang dikasihi. Kejadian yang ditulis sang penulis ini adalah selepas 3 hari Ustaz Asri pergi meninggalkan kita semua. Kami ada menulis mengenai pemergian Ustaz Asri pada 16 Ogos yang lalu. Ikuti kisah luahan hati seorang sahabat kepada Allayarham Asri bin Ibrahim ini.

Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI: Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU: Kat syurga… hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI: Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU: Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)

ASRI: Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU: Jadi. Kenape?

ASRI: Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani. Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…

AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI: O.k! Insya’ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI: Album mane ni?

AKU: Kan kita ade dua album yang belum release lagi. Satu, yang amalan orang-orang melayu. Satu lagi yang Ratib Hadad tu.

ASRI: Abis anta kuar mane dulu?

AKU: kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI: mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu. Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.

AKU: Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU: Amalan Perisai Ghaib! 

ASRI: Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU: mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI: Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI: Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU: Cubalah…….hehehe

ASRI: Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU: Hah!? Nak pi mana pulak tu???

ASRI: Tandas lah! Ni ghaiblah ni. Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali. Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI: Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?

AKU: cantikkkk! Apa dia?

ASRI: Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?

AKU: Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi….. Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI: Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta. Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat. Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…

AKU: Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI: man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan? Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta. Meh! Sini kita tangkap gambar jap…

AKU: hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni

ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.

Ya ALLAH benar kah semua ini? Mimpikanlah ini semua!!!!!”

Takziah sekali lagi kepada keluarga Allayarham. Orang kata, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Permergian Allayarham Ustaz Asri Ibrahim amat-amat dirasai. Ustaz Asri, damailah engkau di sana. Al-Fatihah.


copyrigt from http://alkurawi.blogspot.com/2009/09/18-jam-sblum-us-asri-pergi-tak-kembali.html

Thursday, May 26, 2011

Berhati-hati ketika menbaca surah Al-Fatihah...

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA TERDAPAT NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH JIKA DIBACA SALAH!!



Nama-nama syaitan:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA……dua harakat, MIN…. 3 harakat.
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat….. Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Thursday, April 14, 2011

Kisah benar: pengalaman di rumah banglo Mona Fendi Seksyen 12



Hari itu hari Khamis 17 Mac 2011.Aku dan dua orang classmates sibuk bercerita tentang rumah banglo Mona Fendi yang dikatakan berhantu yang famous di Shah Alam di belakang dewan kuliah sambil menghiraukan lecturer yang mengajar di hadapan.Salah seorang dari classmates aku bercerita tentang pengalaman rakannya terserempak dengan entiti yang menjenguk dari atas tembok rumah banglo tersebut ketika mereka cuba masuk.Akibatnya, mereka mengambil keputusan untuk pulang sahaja malam itu.Tiba-tiba seorang lagi classmateku bersuara.

"Malam ni malam Jumaat.Jom kita pergi rumah banglo tu".
"Jom.Shoot mesej dekat budak-budak lain.Malam ni kita pergi", jawabku pantas.

Jam 12 malam.Kami berkumpul di Bus Stop Seksyen 2 dan mula bertolak ke rumah banglo tersebut di seksyen 12.Terdapat 7 orang yang semunya yang mengikuti konvoi malam jumaat tersebut.Setibanya di sana, kami meletakkan motosikal di hadapan rumah dengan posisi yang memudahkan kami melarikan diri sekiranya sesuatu berlaku.Suasana di rumah banglo separa siap tersebut memang menakutkan ditambah keadaan malam yang gelap.

Kami mula memanjat pagar rumah banglo tersebut.Cerita classmateku petang tadi tiba-tiba bermain di fikiranku.Hatiku mula berdebar.Setelah semua selesai memanjat pagar, kami memulakan operasi untuk menjelajah banglo tersebut ditemani cahaya lampu handset.Ruang dalaman banglo tersebut sangat besar.Ada sebuah kolam kecil di bawah tangga.Di sebelah luar pula terdapat sebuah kolam lain.Then kami mula menaiki tangga untuk ke bahagian atas banglo dengan penuh berhati-hati kerana tiada pemegang sisi di tangga tersebut.Tersilap langkah boleh membawa padah.Silap haribulan kemalangan boleh berlaku.

Dibahagian luar atas terdapat laman yang menghubungkan sebuah lagi pintu pagar.Mungkin tempat parking kereta-kereta mewah fikirku.Kemudian kami pergi pula ke bahagian belakang rumah yang dipenuhi pokok-pokok liar yang menambahkan lagi angker rumah banglo ini.Tiba-tiba hidung kami menangkap satu bau.Masing-masing berpandangan sesama sendiri.

"Damn siapa pulak kentut ni', kata salah seorang dari kami.Semua orang menutup hidung masing-masing sambil menyumpah seranah.
Kami meneruskan menjelajah keseluruhan ruang rumah tersebut.Selepas itu kami pun pulang.Walaupun tidak menjumpai apa-apa yang pelik tapi kami sangat puas kerana berjaya masuk di dalam rumah tersebut. yang dikatakan berhantu oleh ramai orang.Lain orang lain pengalaman.

Hazwan: Amacam?Seram tak.By the way, makhluk-makhluk ghaib ni memang ada sebenarnya.Terpulang kepada kita sebenarnya nak percaya atau tak.Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.Gambar memang tak ada sebab malam kan.

Sunday, January 30, 2011

Francis Bacon (Renaissance philosopher, statesman, scientist)

Bacon was an English philosopher and statesman, and a pioneer of modern scientific thought.

Francis Bacon was born on 22 January 1561 in London. He was the son of Sir Nicholas Bacon, keeper of the great seal for Elizabeth I. Bacon studied at Cambridge University and at Gray's Inn and became a member of parliament in 1584. However, he was unpopular with Elizabeth, and it was only on the accession of James I in 1603 that Bacon's career began to prosper. Knighted that year, he was appointed to a succession of posts culminating, like his father, with keeper of the great seal.

However, Bacon's real interests lay in science. Much of the science of the period was based on the work of the ancient Greek philosopher Aristotle. While many Aristotelian ideas, such as the position of the earth at the centre of the universe, had been overturned, his methodology was still being used. This held that scientific truth could be reached by way of authoritative argument: if sufficiently clever men discussed a subject long enough, the truth would eventually be discovered. Bacon challenged this, arguing that truth required evidence from the real world. He published his ideas, initially in 'Novum Organum' (1620), an account of the correct method of acquiring natural knowledge.

Bacon's political ascent also continued. In 1618 he was appointed lord chancellor, the most powerful position in England, and in 1621 he was created viscount St Albans. Shortly afterwards, he was charged by parliament with accepting bribes, which he admitted. He was fined and imprisoned and then banished from court. Although the king later pardoned him, this was the end of Bacon's public life. He retired to his home at Gorhambury in Hertfordshire, where he continued to write. He died in London on 9 April 1626.

Charles Babbage(Victorian pioneer of computer science)

Babbage was a British mathematician, an original and innovative thinker and a pioneer of computing.

Charles Babbage was born on 26 December 1791, probably in London, the son of a banker. He was often unwell as a child and was educated mainly at home. By the time he went to Cambridge University in 1810 he was very interested in mathematics.

After graduation Babbage was hired by the Royal Institution to lecture on calculus. Within two years he had been elected a member of the Royal Society and, with his Cambridge friends, was instrumental in setting up the Astronomical Society in 1820, the first to challenge the dominance of the Royal Society. From 1828 to 1839, Babbage was Lucasian Professor of Mathematics at Cambridge.

The 1820s saw Babbage work on his 'Difference Engine', a machine which could perform mathematical calculations. A six-wheeled model was initially constructed and demonstrated to a number of audiences. He then developed plans for a bigger, better, machine - Difference Engine 2. He also worked on another invention, the more complex Analytical Engine, a revolutionary device on which his fame as a computer pioneer now largely rests. It was intended to be able to perform any arithmetical calculation using punched cards that would deliver the instructions, as well as a memory unit to store numbers and many other fundamental components of today's computers. The remarkable British mathematician Ada Lovelace completed a program for the Analytical Engine but neither it, nor Difference Engine 2, were finished in Babbage's lifetime.

Babbage also worked in the fields of philosophy and code-breaking, as well as campaigning for reform in British science. He died at his home in London on 18 October 1871.