Jadilah yang terawal ||| Be the earliest

Friday, June 8, 2012

Saturday, May 28, 2011

Tonton Bola Online...


Hanya siaran pilihan sahaja di seluruh dunia. ( Euro, World Cup,  EPL, liga BBVA, Liga juara2 ) dan segala info tentang bola sepak dunia.

Link untuk tengok bola live streaming  >>  http://watchlivefootystream.com


free , easy, tak kene bayar, internet kena laju ~ :D

Nabi Ilyas a.s dan Malaikat Maut...



                              




Ketika sedang berehat datanglah malaikat kepada Nabi Ilyas a.s. Malaikat itu datang untuk menjemput rohnya. Mendengar berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.Malaikat maut bertanya, "Mengapa engkau bersedih?" .Ilyas menjawab "Tidak tahulah."
"Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?" tanya malaikat. "Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berzikir memuji Allah." jawab Ilyas.
Saat itu Allah s.w.t. lantas menurunkan wahyu kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah s.w.t. Maka berzikirlah Nabi Ilyas sepanjang hidupnya.
"Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti." Kata Allah s.w.t.

Friday, May 27, 2011

KISAH IMAM SYAFIE DI RUMAH IMAM AHMAD...




Pada suatu hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar. Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim. Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Suboh. Ketiga, Ia Solat Suboh tanpa berwudhuk.”

Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.”

Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat Solat Malam. Perkara ketiga yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika Solat Suboh kerana aku Walahhi ! . . . . pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh dengan wudhuk Solat Insya’.” -wallahualam




Cara untuk melajukan masa download... LoL

 Photobucket

Photobucket
Photobucket

guna teori Newton la ni... Haha
                                    
                                                                                       

Panji-Panji Hitam... (akhir zaman)



                                      


Kali ini aku nak berkongsi pengetahuan aku tentang pasukan Panji-Panji Hitam yang akan menjadi pencetus kepada kebangkitan Islam di dunia ini. Terdapat beberapa hadis yang menyatakan akan wujudnya pasukan Panji-Panji Hitam ini pada akhir zaman. Berikut adalah sebahagian antaranya.

Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilahmereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)


Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)



Sabda Nabi :


Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)



Sabda Nabi SAW:

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)




“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)
 
panji-panji Hitam.
  Pasukan Panji-Panji Hitam merupakan para tentera kepada Imam Mahdi dalam membanteras kezaliman dan ketadakadilan dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek pemerintahan. Mereka akan menegakkan semula syiar Islam yang kini seperti sudah ditinggalkan. diingatkan bahawa kita kini sedang berada di zaman penindasan dan penzaliman (zaman diktator) seperti dalam hadis di atas. Selepas ini akan berlakulah Zaman Kekhalifahan. Ini bermakna kita semakin menghampiran hari penghabisan iaitu hari kiamat. 


Ini hanya ilustrasi.



copyrigt from http://alkurawi.blogspot.com/2011/05/panji-panji-hitam.html
                                                       

Mark Zuckerberg ditendang keluar dari Facebook ?


Mark Zuckerberg, lahir pada 14 Mei 1984 merupakan seorang Pengaturcara Komputer dan Entrepreneur Internet. Dia dikenali kerana telah mencipta sebuah website perhubungan social, Facebook, dimana beliau sendiri merupakn CEO dan Presiden.

Facebook didirikan sebagai sebuah syarikat persendirian pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan rakan sekelasnya Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes, dimana mereka merupakan pelajar di Universiti Havard.

Pada tahun 2010, Zuckerberg telah dinobatkan sebagai "Person of the year" oleh majalah Time. Pada tahun 2011, nilai harta miliknya dianggarkan berjumlah $13.5 billion Amerika.

Anda mungkin seorang yang unik di dunia ini tapi perlu diingatkan bahawa bukan anda seorang sahaja yang mengguna nama anda.

Diluar sana juga terdapat seorang yang bernama Mark Zuckerberg, yang mana seorang yang mempunyai ijazah perundangan dan bukannya syarikat perhubungan sosial Facebook. Tapi malangnya ada yang sukar mempercayai bahawa ada lebih dari seorang Mark Zuckerberg di dunia ini.

Mark Zuckerberg yang ini tinggal di Indianapolis. Untuk mendapatkan akaun Facebook, beliau terpaksa mengharungi pelbagai rintangan lebih dari rakan-rakannya yang mana pengguna biasa Facebook.

"Permohonan saya untuk mendaftar di Facebook telah ditolak 2 tahun lalu kerana nama saya yang sama, dan saya terpaksa hantar kepada mereka salinan lesen memandu, surat beranak dan lesen khas Indianapolis Bar Association hanya untuk meyakinkan mereka bahawa saya wujud dan membenarkan saya membuat page Facebook saya sendiri" kata Zuckerberg dalam satu sidang akhbar".

Zuckerberg perlu melalui pertukaran maklumat dengan syarikat Facebook selama 4 bulan sehingga dia sendiri memberi surat ugutan yang menyebabkan syarikat itu akhirnya memberikannya sebuah akaun.

2 Tahun berikutnya, dia menggunakan akaun facebook sepertimana orang lain, tapi malangnya dia selalu disalah anggap sebagai pengasas facebook yang mempunyai sama nama dengannya.

Dan baru-baru ini, akaun dia "Mark Zuckerberg" telah di lumpuhkan oleh Facebook. Kali ini dia membawa berita ini kepada media massa, dan selepas membuat panggilan kepada Facebook, syarikat itu akhirnya memberi maklum balas, "Kami dalam proses untuk mengaktifkan semula akaun anda dan meminta maaf atas kesilapan ini"
                                      

copyrigt from http://forum.cili.ws/showthread.php?tid=283